• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBS Masih Berharap Pairin Bertanding Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Parti Bersatu Sabah (PBS) masih berharap Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekalipun beliau telah menyatakan hasrat untuk tidak berbuat demikian.

Pemangku Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu akan menggunakan ruang satu peratus yang diperuntukkan oleh Pairin untuk berunding mengenai perkara tersebut.

“Kita masih berbincang namun keputusan akhir adalah di tangan beliau,” katanya Ongkili kepada pemberita pada Rumah Terbuka Krismas anjuran PBS di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini hari ini.

Pairin sebelum ini menyatakan hasrat 99 peratus untuk tidak bertanding pada PRU ke-14 namun akan menggunakan baki satu peratus lagi untuk mendengar pandangan barisan kepimpinan parti.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata PBS memerlukan gandingan baharu dan lama khususnya pemimpin seperti Pairin yang banyak pengalaman.

Sementara itu, Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata parti tersebut akan mengemukakan sebanyak mungkin muka baharu pada PRU14 sambil mengekalkan calon berpengalaman di akar umbi.

Kira-kira 5,000 pengunjung hadir pada majlis yang berlangsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor; Menteri Tugas-tugas Khas negeri Datuk Teo Chee Kang; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayam Belanda Panggang Air Tangan Anak Melanau

Next Post

2 Negeri Gaduh Rebut Manisan Berdamai

Related Posts

Boleh Guna Akta 655 Tamat Kemelut Air Selangor

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air atau Akta 655 untuk mengambil...

BN Kota Marudu Siap Sedia Latihan Jentera Pilihan Raya

12/02/2018
0

KOTA MARUDU - Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada...

Next Post

2 Negeri Gaduh Rebut Manisan Berdamai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd