• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sambut Baik Kerjasama K’jaan Kelantan Dengan K’jaan Pusat

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan hasil persetujuan bersama antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan erat dan kerjasama baik itu satu episod baharu dalam sejarah pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990.

“Hubungan baik ini sewajarnya sudah sekian lama dibina kerana semangat federalisme itu ada termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Perbezaan idelogi politik parti pemerintah di peringkat pusat dan negeri tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menafikan hak rakyat yang sepatutnya dibela oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, PAS berharap episod baharu hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan itu akan membawa rahmat kepada seluruh rakyat negeri itu yang baru ditimpa musibah banjir.

Beliau bagaimanapun berkata, hubungan rasmi yang dijalin antara kerajaan Pusat dan negeri itu boleh dibina dengan baik tanpa menimbulkan polemik kewujudan kerajaan campuran antara UMNO dan PAS di Kelantan.

“Semangat federalisme yang tulen itu menjamin keadilan dan hak untuk semua rakyat tanpa menjadikan perbezaan idelogi politik sebagai tembok penghalang,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: KerajaanPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Gambar Pijak Bangkai Babi Hutan, Ini Penjelasan MMU

Next Post

Anwar Marah Serangan Ke Atas Charlie Hebdo

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Next Post

Anwar Marah Serangan Ke Atas Charlie Hebdo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd