• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gubal Akta Kebebasan Maklumat, Selaras Manifesto PH

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggubal Akta Kebebasan Maklumat selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata penggubalan akta itu perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan ia menepati komitmen PH menyemak semula Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pelindungan Saksi 2009, selain memastikan akta baharu itu tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada.

“Setakat ini, dua negeri telah melaksanakan enakmen kebebasan maklumat pada 2010 dan 2011 iaitu Pulau Pinang dan Selangor dengan tujuan memupuk sifat ketelusan serta memberi peluang kepada mana-mana individu yang ada akses berkaitan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu sama ada PH berhasrat membentangkan Akta Kebebasan Maklumat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Liew berkata kerajaan turut akan mengkaji keberkesanan penguatkuasaan kedua-dua enakmen itu, sekali gus mengambil kira pandangan pihak berkepentingan agar akta kebebasan maklumat yang akan diperkenalkan kelak berjaya.

Beliau berkata akses kepada Data Terbuka Sektor Awam yang dilaksanakan masa kini memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh setiap maklumat berkaitan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHManifesto PH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Urusan Rasmi Kekal Guna Bahasa Melayu

Next Post

Vokalis Kumpulan Panji Meninggal Dunia

Related Posts

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

30/10/2022
0

GOMBAK : Langkah Sheraton yang digerakkan pada penghujung Februari 2020 menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri...

Kesilapan Kerajaan PH Punca Waris Sultan Sulu Tuntut Pampasan

15/03/2022
0

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan negara boleh tergadai sekiranya isu mengenai tuntutan...

Next Post

Vokalis Kumpulan Panji Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd