• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Keseluruhan Kadar Sifar GST Dinilai – Salahuddin

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruhan terhadap kesan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap kos pengeluaran makanan dan harga bahan makanan.

Menteri berkenaan Salahuddin Ayub berkata walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas namun, keputusan kerajaan itu amat baik dalam usaha menurunkan kos pengeluaran makanan di sepanjang rantaian nilai.

“Ini terutamanya kos berkaitan input, kejenteraan dan perkhidmatan logistik pertanian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kenyataannya pada Jumaat lepas berhubung penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, telah menerima kritikan pelbagai pihak.

Salahuddin menjelaskan kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepadanya di beberapa lokasi selain laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.

Selain itu, katanya, ia dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap harga bahan makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani.

“Namun, kenyataan tersebut terlalu umum dan tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara dan untuk semua bahan makanan memandangkan kajian ke arah itu belum lagi dilakukan sepenuhnya,” katanya.

Begaimanapun, Salahuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan pandangan berhubung kenyataan itu dan pihak kementerian bersifat terbuka dalam menerima semua pandangan dan kritikan.

Pada masa terdekat, pihak kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat untuk memastikan bekalan makanan terus mencukupi pada harga mampu milik untuk rakyat. – BERNAMA

Tags: GSTSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CEP Terima Baik Cadangan Angkat Karya Seni Tempatan

Next Post

Calon Presiden UMNO Harus Nilai Kemampuan Diri

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

Calon Presiden UMNO Harus Nilai Kemampuan Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd