Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Melecur Terkena Minyak...

GEORGE TOWN - Seorang suri rumah melecur akibat terkena minyak panas selepas dapur...

PDRM Antara Badan Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari...

Jasa Tun Abdul Rahman...

KUALA LUMPUR - Jasa serta bakti bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun...

Insiden Bir: Fokus Umat...

INSIDEN seorang lelaki mengherdik seorang promoter bir di sebuah pasar raya menambahkan senarai...

Hadi Tidak Hadir Sidang Media Yang Hanya Empat Minit

SELEPAS lebih empat bulan menyepi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tetapi tidak hadir pada sidang media selepasnya.

Padahal, sidang media berkenaan hanya berlangsung selama empat minit sahaja bagi memaklumkan pemimpin PR akan mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas keputusan rayuan kes liwat II melibatkan Ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan pada Selasa depan.

Kenyataan berkaitan keputusan berkenaan dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

BACA JUGA – Mesyuarat Pakatan Di Ibu Pejabat PAS Jadi Tumpuan Hangat

“Menjelang hari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes fitnah 2.0, berkaitan dengan Ketua Pembangkang, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama dalam PR akan terus dipertahankan,” katanya.

Dalam kenyataan lain yang dibuat oleh Anwar, mesyuarat khas itu bagi membincangkan penyelesaian dalam isu Enakman Jenayah Syariah II dan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

080215PCPakatan_2

Menurut laporan Agenda Daily, wajah para pemimpin Pakatan nampak seakan tidak ceria.


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini dihadiri kesemua pemimpin parti dalam PR iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kehadiran Abdul Hadi merupakan kali pertama selepas lebih empat bulan berdiam diri ekoran krisis pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan, sekali) bersalaman dengan Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng sambil diperhatikan Datuk Seri Anwar Ibrahim  ketika hadir di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan bersalaman dengan Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng sambil diperhatikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyertai sidang media kerana perlu menyelesaikan hal yang lebih mustahak.

Kegagalan Abdul Hadi berada dalam menghadiri sidang media yang sangat pendek, dianggap banyak pihak sebagai petanda permasalahan dalaman dalam pakatan tiga parti berkenaan belum selesai.

Sebelum itu pada sebelah pagi, keadaan di hadapan ibu pejabat PAS kecoh apabila berlaku demonstrasi yang diadakan oleh kumpulan penyokong presiden.

Sambil memegang sepanduk, mereka mendakwa ada pemimpin PAS sedang berkomplot untuk menggulingkan Abdul Hadi dan kepimpinan Ulama dalam parti itu.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori