• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Minta Kurangkan Lawatan Ziarah Terhadap Nik Aziz

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai agar dapat mengurangkan lawatan bagi memberinya keselesaan untuk menjalani rawatan dengan lebih baik.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berharap mereka yang tidak dapat melawat bapanya agar tidak berkecil hati dan sabar menunggu hingga bapanya pulih sepenuhnya.

“Pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepadanya. Saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan kerana ayahanda masih lemah tanpanya.

“Harapan kami sekeluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat keistimewaan (untuk melawat bapanya). Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami Insya-Allah,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya malam tadi.

Nik Mohamad Abduh berkata bapanya mengalami batuk selepas menerima kunjungan orang ramai, justeru pelawat hanya diizinkan untuk melihatnya dari luar bilik rawatan bagi mengelak jangkitan.

Beliau berkata kesihatan bapanya lebih baik selepas mendapat rehat secukupnya.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana kesihatannya merosot ketika berlaku banjir baru-baru ini, selain beliau menghidap kanser prostat.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – BERNAMA

Tags: Nik Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Pagi Ini

Next Post

Badminton: Satu Gelaran Sah Milik Malaysia Di India

Related Posts

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

05/06/2023
0

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas...

Mahathir Pengganti Nik Aziz Dalam Pakatan?

07/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengganti...

Next Post

Badminton: Satu Gelaran Sah Milik Malaysia Di India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd