Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Kim Jong-Nam:...

SEPANG - Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan...

2 Maut, Lebih 60...

SEOUL- Dua orang maut dan lebih 60 mengalami kecederaan dalam nahas membabitkan 100...

Taukeh Kedai Emas Kluang,...

JOHOR BAHARU - Seorang pemilik kedai emas maut dipercayai akibat diserang seorang individu...

Agama Benteng Pertahanan Diri...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar golongan...

DAP Label Hadi Awang Pengkhianat Bersiri!

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengkhianati Pakatan Rakyat apabila memohon kebenaran untuk membentangkan usul persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan pada sidang Parlimen nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS itu terus mengkhianati dan menghina Pakatan Rakyat dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada Pakatan Rakyat berhubung isu hudud sebelum ini.

“Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat atau demi mengugut DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerah kepada PAS atau melihat Pakatan Rakyat berpecah.

“Pendekatan sedemikian oleh Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan Pakatan Rakyat demi demokrasi yang sihat dan koalisi yang berfungsi dengan baik. Pimpinan DAP dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut memperlekehkan Abdul Hadi kerana yakin PAS masih ada tempat dalam kalangan pengundi bukan Islam.


Kata beliau, Presiden PAS berkhayal jika menyangkakan bahawa sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS masih belum hilang selepas mereka dikhianati oleh parti itu.

Dakwanya, PAS bukan sahaja telah menamatkan Pakatan Rakyat malah prospek parti itu dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Isnin malam nanti, tindakan terkini oleh Abdul Hadi itu akan dipertimbangkan sekali bersama undang-undang hudud yang telah diluluskan oleh PAS Kelantan,” tegasnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori