• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Aidilfitri Perlu Kelulusan Parlimen Julai Ini

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang Parlimen, Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.

Kementerian Kewangan berkata peruntukan yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata.

“Ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan telah disediakan dalam Bajet 2018 kerana mantan Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu pada 27 Oktober 2017.

“Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.

Akauntan Negara Datuk Saat Esa juga mengesahkan bahawa peruntukan tersebut perlu diluluskan dalam sidang Parlimen pada Julai 2018 ini sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018.

Pada 30 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudiannya memaklumkan bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang akan dibentang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan pada sidang Parlimen Jun ini. – BERNAMA

Tags: Bantuan Khas Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banyak Permohonan Jadi Anggota PAN Di Temerloh

Next Post

Kedah Senaraikan 18 Barangan Harga Kawalan

Related Posts

Selepas Hartawan Singapura, Lebih Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil SPRM

Cuepacs Gesa Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

15/03/2024
0

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri...

Bantuan Khas Aidilfitri Dibayar 17 April

Bantuan Khas Aidilfitri Dibayar 17 April

06/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 3.5 juta penerima pada 17 April ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Kedah Senaraikan 18 Barangan Harga Kawalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd