Terima Kasih HINDRAF – Dr. Zakir Naik

TOKOH pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan ekstrem Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang disifatkan beliau memberi publisiti percuma kepadanya.

Menerusi rakaman video siri jelajah ketiga program syarahan umum beliau bertempat di dewan SMK Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut pada malam Selasa, Zakir menjawab persoalan diajukan seorang penonton menanyakan perihal ‘tentangan’ diterimanya.

“Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya di mana ia membuatkan semakin ramai yang datang mahu mendengar syarahan saya.

“Saya malah berasa gembira apabila tentangan itu membuka mata dua buah parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu.

“Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu.

“Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

“Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah ini,” ujarnya.

Dr. Zakir meminta mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan tentang Islam agar datang ke siri ceramah untuk sesi soal jawab bersamanya.

zakirrrrr
Dr. Zakir Naik bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif.

Menurutnya, situasi berkenaan juga berjaya menyatukan umat Islam di Malaysia yang bersama-sama membuat desakan agar ceramah Dr. Zakir di Melaka yang dibatalkan sebelum ini telah berjaya diteruskan.

Tokoh Maal Hijah 2013 itu menegaskan yang beliau tidak pernah menghina mana-mana agama kerana Islam melarang perbuatan tersebut dan ia juga adalah satu tindakan yang salah.

Siri Jelajah Ketiga Dr. Zakir di Besut telah berjaya menarik 40,000 pengunjung termasuk dari Kelantan yang menbanjiri segenap tempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Imtiaz YT. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply