Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Imigresen Melaka Tahan 28...

MELAKA - Sebanyak 28 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan...

Tiada Laporan Orang Asli...

GERIK - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak tidak pernah menerima sebarang laporan...

EPL: Torres Hampir Ke...

LONDON - Penyerang Chelsea, Fernando Torres bakal mengakhiri penderitaannya di Stamford Bridge selepas...

Bersengkang Mata Hampir 24...

KUALA LUMPUR - Demi tugas dan keselamatan orang awam, anggota bomba yang terlibat...

Salute..! CEO Wanita SSM Ikut Berpanas Kayuh Basikal

13 FEBRUARI lalu Zahrah Abd Wahab Fenner baharu sahaja diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terkini bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Zahrah yang merupakan CEO kelima, pernah bergelar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) SSM ketika suruhanjaya itu ditubuhkan pada 16 April 2002.

Meskipun kaum Hawa, Zahrah disifatkan oleh bosnya sendiri iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek merupakan seorang yang berkaliber untuk menggalas tugas besar tersebut berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang perakaunan, komersil dan pensyarikatan.

“Zahrah dilihat akan membawa perubahan yang berbeza selain dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan SSM sedia ada,” demikian antara harapan Hasan dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Zahrah.

Hari ini menerusi gambar-gambar yang beredar ketika program Kayuhan Mesra Niaga SSM di Perlis, wanita cekal itu membuktikan beliau sememangnya ‘berbeza’.

IMG-20150417-WA0008

Di sisi Hasan, Zahrah kelihatan tak kurang semangatnya menyertai kayuhan sempena program yang turut dihadiri Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajudin Jammalullail dan Tuanku Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil itu.

Sudah tentu, penyertaan Zahrah dalam program kayuhan yang diadakan bagi memperkukuh jalinan mesra antara SSM dengan kerajaan serta rakyat negeri Perlis itu akan lebih kesampaian objektifnya apabila pemimpin tertinggi turut serta.


Selaku badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan, kerjasama yang dipupuk menerusi program sebegini amat penting bagi menjamin keharmonian aktiviti perniagaan setempat.

Selain tak menghiraukan bahang suria sepanjang program walkabout, Zahrah tidak melepaskan peluang menemui peniaga Pasar Malam Arau, pertemuan yang dilihat dapat membuka jalan buat peniaga kecil dibantu menerusi pelan tindakan dan bentuk bantuan terbaik bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

IMG-20150417-WA0006

Syabas diucapkan kepada SSM kerana bertindak mendekati golongan sasaran hingga ke akar umbi, sampai ke utara tanah air.

Tahniah jugaklah kepada Pak Menteri, Datuk Seri Hasan Malek kerana melantik orang yang tepat ke agensi-agensi di bawah kementerian beliau.

Pada masa sama kesungguhan seorang CEO wanita seperti Zahrah yang sanggup meninggalkan bilik berhawa dingin dan ikut bersusah turun padang bagi menyertai program menemui masyarakat wajar dipuji.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori