Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tanam Benih Padi Dipantau...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan tiada penanaman...

Kalau Guru Didera Pelajar...

JIKA dahulu guru diberi kepercayaan penuh oleh ibu bapa dalam mendidik anak bangsa...

Tanah Runtuh Bukit Kukus:...

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak pemaju dan kontraktor...

137 Maut, Serangan Bom...

SANAA/EDEN - Sekurang-kurangnya 137 jemaah maut dan beratus-ratus lagi cedera apabila sekumpulan pengebom...

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Dan Selepas Gempa Bumi

BERHUBUNG dengan kejadian bencana gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 skala richter yang menggegarkan Sabah kira-kira jam 7.15 pagi jumaat telah mengakibatkan keruntuhan batu,  kerosakan dan kemusnahan di beberapa kawasan yang terlibat.

Gempa bumi itu juga telah mengorbankan 11 nyawa setakat ini, 2 mangsa awal yang dikeluarkan ialah malim gunung, Robi Sapinggi, 30, dan seorang murid sekolah di Singapura, Wee Yee Ping, 12.

Pegawai Meteorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersil Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Sherizan Darus berkata terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi.

Beliau juga menyatakan ianya penting untuk saling bantu-membantu ketika berlakunya gempa bumi.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil ketika berhadapan dengan gempa bumi yang disediakan oleh MetMalaysia.

1) SEMASA GEMPA BUMI

  • Jika anda di dalam bangunan :

a) Berlindung di bawah meja yang kukuh atau tempatkan diri di ambang pintu atau satu sudut.

b) Jauhkan diri dari tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga yang bergantungan dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh.

c) Jangan menggunakan lilin, mancis atau sebarang bahan punca api yang lain kerana berkemungkinan kebocoran gas akan berlaku. Padamkan semua sumber api.

  • Jika anda berada di dalam bangunan tinggi :

a) Jangan keluar secara tergesa-gesa.

b) Jangan gunakan lif kerana kemungkinan bekalan elektrik akan terputus.

c) Terus kekal berada di dalam bangunan di tingkat yang sama.

  • Jika anda di luar bangunan :

a) Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi diri dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.

b) Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh di luar pintu dan dinding sebelah luar.

c) Jauhkan diri dari talian elektrik yang jatuh.


d) Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

  • Jika anda di dalam kereta yang bergerak :

a) Berhentikan kereta dengan segera di kawasan yang dirasakan selamat. Jangan berhenti di atas atau bawah jambatan atau lingkaran atau rentangan kabel elektrik.

b) Terus kekal berada di dalam kereta hingga gegaran berhenti.

2) SELEPAS GEMPA BUMI

a) Dengar radio atau televisyen untuk mendapatkan maklumat kecemasan terkini. Jika bekalan elektrik terputus, gunakan radio berkuasa bateri.

b) Bertenang dan nilaikan situasi semasa. Bersedia sekiranya berlaku “gegaran susulan”.

c) Periksa kecederaan. Beri bantuan kecemasan apabila diperlukan. Jangan alihkan mangsa yang cedera parah kecuali mangsa terdedah kepada risiko kecederaan yang lebih teruk jika terus berada di tempat tersebut.

d) Periksa jika ada berlaku kebakaran. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.

e) Jika terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau api. Gunakan lampu suluh.

f) Jangan sentuh wayar elektrik atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.

g) Keluar dari bangunan yang rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.

h) Tenangkan kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma psikologi akibat gempa bumi.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori