• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jual Pil Gugur Di FB: Kenyataan Rasmi KP Kesihatan Malaysia

oleh AK-47
23/09/2014
dalam Hangat
3
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk ‘Pil Gugur Kandungan Kini Dijual Secara Berleluasa Di FB?’.

Ia berkisar mengenai beberapa akaun Facebook yang mempromosikan secara terbuka pil gugur kandungan terutamanya Tablet Cytotec oleh individu yang dipercayai pengamal perubatan.

Susulan tersebarnya perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berikut:

Kes Jual Pil Gugur Di FB: Kenyataan Rasmi KP Kesihatan Malaysia

Ubat yang disalahgunakan sebagai pil gugur yang dijual secara haram oleh mereka yang tidak bertanggung jawab adalah Tablet Cytotec yang merupakan produk berdaftar dengan nombor pendaftaran MAL19890225AR.

Tablet ini mengandungi Misoprostol 200 mcg, yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B di mana ia boleh diperoleh di klinik-klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi-farmasi.

Kegunaan utama tablet Cytotec yang didaftarkan adalah untuk merawat ulcer. Kegunaan selain daripada rawatan ulcer adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan tablet Cytotec tanpa nasihat pengamal perubatan adalah amat berbahaya. Penggunaannya selain dari untuk rawatan ulcer boleh membawa maut.

Pemegang pendaftaran bagi produk ini adalah Pfizer (M) Sdn. Bhd. Manakala syarikat yang dilantik untuk mengedarkan adalah Zuellig Pharma (M) Sdn. Bhd. Zuellig Pharma (M) Sdn. Bhd. hanya boleh menjual Tablet Cytotec kepada klinik perubatan swasta dan farmasi sahaja.

Semua produk yang berdaftar di negara ini mempunyai 2 ciri bagi memastikan ianya adalah dari sumber yang sah, iaitu nombor pendaftaran produk yang unik dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di samping itu, setiap produk yang hendak dipasarkan perlu mempunyai logo hologram pada kotaknya.

Penjualan produk ini hanya dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh pemegang pendaftaran. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau orang perseorangan sebagai agen bagi produk yang didaftarkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan, di samping menyalahi undang-undang, ketulenan dan kesahihan produk tersebut juga diragui.

Orang awam boleh membuat aduan terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
22 September 2014

Diharapkan dengan kenyataan ini, tidak ada pihak yang terpedaya untuk membeli pil tersebut menerusi laman sosial biarpun pelbagai jaminan diberikan oleh si penjualnya.

Pesanan kami, jangan kerana mahu menyelesaikan masalah, anda terjebak dengan risiko lain pula.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Tags: kesihatanMERBAHAYAubat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd