Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Terima Kunjungan Hormat...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari...

Khidmat Sukarela Penawar Tekanan...

KUALA LUMPUR - Beberapa tahun yang lepas, satu impian saya terlaksana dengan lahirnya...

LKIM Lancar Aplikasi Harga...

SERDANG - Orang ramai boleh mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian...

Guna Khidmat Pakar Psikologi...

KUALA LUMPUR – Pemain tenis kebangsaan tidak perlu mempunyai perasaan rendah diri terhadap...

Hanya Makan Depan Webcam, Remaja Ini Kaut RM6,399 Sehari!

HANYA dengan berkongsikan juadah makanannya di hadapan komputer, remaja lelaki Korea ini mampu meraih pendapatan melebihi RM6,399 sehari.

Kim Sung Jin, 14, akan menikmati makan malamnya seperti pizza, ayam goreng dan masakan Cina di depan komputer di dalam sebuah bilik kecil di kediamannya yang terletak di selatan Seoul dan ditonton oleh ribuan peminatnya.

Bagaimanapun sambil makan, dia akan berkomunikasi dengan ribuan orang melalui melalui siaran video langsung yang disiarkan di Afreeca TV.

2B7BDB0A00000578-3203221-image-a-19_1439982197574

Di Korea Selatan, saluran media tersebut mempunyai lapan juta pengunjung bulanan dan telah menjadi sebahagian rutin penting dalam kehidupan sosial para remaja.

Aksi Sun Jing yang lebih dikenali dengan nama Patoo di dalam web tersebut mendapat jumlah tontonan yang ramai dan dia biasanya dibayar sebanyak £1,000 (RM6,399) untuk setiap episod.


Pekerjaan ini telah dilakukannya sejak berumur 11 tahun di mana dia pada mulanya makan secara online sebagai satu cara untuk mencari ‘peneman makan’ kerana ibu bapanya tinggal berjauhan.

“Saya tinggal bersama datuk dan nenek yang biasanya makan malam awal, menyebabkan saya sering keseorangan ketika makan,” katanya.

Tambahnya, program lansung tersebut telah membuatkan dia dikenali ramai.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori