Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Isu Perjanjian Air Sungai...

KUALA LUMPUR : Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara...

MUBARAK Dan NGO Malaysia...

KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) bersama-sama 42 badan bukan kerajaan...

Bayi Lelaki 10 Bulan...

JOHOR BAHRU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki didera pengasuhnya dalam...

“Lebih Jijik Lagi Ada...

KUALA LUMPUR - Islam menyuruh umatnya supaya menjaga penampilan diri di hadapan orang...

Pertimbang Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan disaran mempertimbangkan semula penggunaan telefon bimbit di sekolah memandangkan ia adalah keperluan dan tuntutan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata penggunaan telefon kini mustahil untuk disekat dan fokus harus diberi kepada penggunaan telefon secara positif.

“Sebab ibu bapa nak berkomunikasi dengan anak-anak, komunikasi dalam erti kata telefon atau cuma sms. Jadi saya berpendapat sudah sampai masanya pihak kementerian meluluskan telefon untuk panggilan dan sms, WhatsApp, Facebook tu tak perlu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis sambutan 31 anak Kedah penuntut Universiti Malaysia Kelantan yang terjejas banjir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas isu video buli pelajar sekolah di Alor Setar yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, Tajul Urus berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan hal itu.


Semalam, beberapa portal dalam talian menyiarkan video minit yang menunjukkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di dalam sebuah bilik darjah kosong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori