Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

6 Sebab Kenapa Anda...

HARI Kopi Antarabangsa sebenarnya disambut pada 29 September setiap tahun.Banyak kebaikan minuman berkafein...

Dewan Rakyat Panas Gara-gara...

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini agak hangat berikutan pertikaman lidah antara...

SKMM Minta FB, Twitter,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat memantau pengguna...

Hilang Selepas Berhabis Duit...

BEIJING - Seorang pemuda menghilangkan diri selepas menghabiskan wang berjumlah 1.7 juta yuan...

Jam Tangan Pintar Samsung Seterusnya Bulat?

Jam tangan pintar berbentuk bulat daripada Samsung telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini.

Baru-baru ini pihak Samsung seperti mengesahkannya apabila memperlihatkan teaser untuknya, selain turut mengumumkan program SDK bagi para pembangun yang ingin membangunkan untuknya.

Samsung sebelum ini telah hadir dengan beberapa jenis jam tangan pintar, bermula daripada Galaxy Gear berasaskan Android, Gear yang menggunakan Tizen.

Sehinggalah kepada Gear Live menggunakan Android Wear, dan juga Gear S yang menggunakan kad-SIM.

Jam tangan berbentuk bulat daripada Samsung semestinya dinantikan ramai, apatah lagi dengan nama Samsung yang hangat disebut ramai kembali sejak pengenalan Galaxy S6.

Melalui gambar teaser yang dikongsikan pihak Samsung, mereka memperlihatkan beberapa jenama telah pun bersedia dengan aplikasi yang membawakan rekaan khusus untuk skrin bulat, dan mengajak lebih ramai pembangun untuk turut membangunkan untuknya.


Buat masa ini, pihak Samsung tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalannya.

Mungkinkah kita akan melihatnya bersama-sama Galaxy Note 5 kelak, ataupun Samsung akan memperkenalkannya lebih awal?

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: SamMobile

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori