Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Disebabkan OCD, Wanita Ini...

ORANG kata kalau dah kaya tu, tak tahu nak labur duit kat mana...

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat...

KUALA LUMPUR - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2018 untuk mereka yang dalam Perkhidmatan...

PDRM Tingkat Kawalan Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di kawasan sensitif khususnya di bangunan kedutaan Korea...

Jangan Salahkan Orang Lain...

KUALA LUMPUR - Jangan salahkan orang lain bila berlaku sesuatu masalah dan jangan...

Noorkumalasari Bingung, Ke Mana Anita Sarawak Menghilang?

KISAH kehilangan penghibur terkemuka negara, Anita Sarawak sejak tahun 2013 seringkali menjadi topik di dada-dada akhbar mahupun portal-portal hiburan.

Pelbagai spekulasi timbul setelah beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Nita, 63, tiba-tiba mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Ada yang mengandaikan, Kak Nita merajuk dengan pihak dalam industri hiburan, malah lebih nakal, ada suara-suara turut berkata, keputusan tersebut dibuat setelah perkahwinannya dengan suami, Mohamad Mahathir Abdullah berakhir.

[Gosip Anita Bercerai Palsu, Kini Bahagia Jadi Suri Rumah]

noorkumalasari

Penghujung Mac lalu, adik tiri kepada Anita iaitu penyanyi dan pelakon, Noorkumalasari menepis khabar angin tentang penceraian Kak Nita dan suaminya.

Malah Noorkumalasari turut berkata, kakaknya itu kini bahagia di samping Mahathir dan memilih untuk menjadi suri rumah dan menetap di sana.

Namun, itu cerita dua bulan lalu. Dalam perkembangan terbaharu, Noorkumalasari mengakui risau akan keadaan Anita yang gagal dihubungi setelah kali terakhir mereka berhubung pada Mac.

Portal Singapura The New Paper melaporkan, pelantun lagu Akhirnya Kini Pasti itu tidak dapat dijejaki adik tirinya sejak dua bulan lalu hinggalah sekarang.

Ujar Noorkumalasari, kakaknya itu akan menghubunginya setiap kali tiba hari lahirnya pada bulan April, namun dia tidak berbuat demikian kali ini.


“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

“Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama.”

Bahkan, Anita dikatakan turut tidak menghubungi adik-beradiknya yang lain dan semua mesej yang dikirim, sunyi tidak berbalas.

“Kawan baik dia juga gagal menghubunginya walaupun telah mengunjungi rumahnya di Amerika Syarikat.”

Apapun keadaan Anita Sarawak di sana, Noorkumalasari memohon agar para peminat ikut sama mendoakan semoga kakaknya itu berada dalam keadaan baik.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

HLive! Apa Kata Malaysia – Dimanakah Anita Sarawak?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori