Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Jangan Senyap Isu...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia...

Lebih 20,000 Saksi Pelancaran...

KAJANG – Lebih 20,000 orang membanjiri Stadium Kajang hari ini bagi meraikan pelancaran...

Agong Pembida Tertinggi Plat...

KANGAR - Nombor pendaftaran siri baharu plat RR di Perlis meraih sambutan hangat,...

Tragedi MH370, MH17 Ada...

SUNGAI PETANI - Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang...

Malique Nafi Jawab Lagu ‘Apa Khabar’ Joe Flizzow

RATA-RATA peminat hiburan tempatan terutama peminat muzik hip-hop mengetahui kisah ‘masam muka’ antara bekas ahli kumpulan Too Phat, Joe Flizzow dan Malique.

Meskipun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, peminat mereka masih menaruh harapan agar kumpulan hip-hop terkemuka tanah air itu akan kembali mewarnai industri hiburan seperti dahulu.

Bukan sahaja peminat, malah bait-bait lirik lagu Apa Khabar nukilan Joe Flizzow yang berjaya menjuarai AJL29 lalu, bagai sepucuk surat terbuka kepada Malique bagi menyatakan kerinduan kepada teman baiknya itu.

Tup-tup, timbul khabar kononnya Malique telah memberi respon terhadap lagu nyanyian sahabatnya itu melalui laman mikro Twitter dengan menjawab ‘khabar baik, bro’ menggunakan tweethandle @maliQuechill.

malique

Post yang menggemparkan para peminat duo ini telah di-retweet sebanyak 5,751 kali setakat ini.

Bagaimanapun, Malique akhirnya muncul menyangkal keaslian tweet tersebut dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memiliki sebarang akaun media sosial. Pulak dah!

Menerusi laman rasmi syarikatnya Qarma Musiq, Malique mengeluarkan kenyataan berbunyi:

malique2


(“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow di atas kemenangan di AJL baru-baru ini. Walaupun saya gembira untuk dia, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menyokong pembabitan saya dalam lagu Apa Khabar.

“Buat masa ini, saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat atau menjawab mana-mana lagu yang dianggap berkaitan dengan saya.”)

Malique telah menekankan bahawa beliau tidak mahu dikaitkan sama sekali dengan Too Phat atau apa-apa sahaja ‘elemen’ yang tidak berkaitan dengan label muziknya iaitu Qarma Musiq lagi.

Hmm, nampaknya Malique memang benar-benar mahu ‘membebaskan’ dirinya daripada kepompong kumpulan pernah yang melonjakkan namanya suatu masa dahulu.

Apa-apapun, kita doakan sahaja agar hubungan Joe Flizzow dan Malique Ibrahim kembali jernih seperti sediakala.

Sekurang-kurangnya,dapatlah juga mengubat kerinduan peminat Too Phat untuk melihat mereka berdua beraksi di pentas sekali lagi, tak gitu? -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Sara Khalid 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori