• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final AF Megastar, Shahir Tak Hampakan Peminat

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kontroversi yang melanda juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-8 ini sedikit sebanyak memberi impak kepadanya dan juga peminat-peminat yang mendoakan kejayaannya itu.

Khamis lalu, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi telah memuat naik satu entri yang menyatakan dia bakal menarik diri dari menyertai Konsert Akhir AF Megastar yang bakal berlangsung pada malam ini.

Baca: Shahir Tarik Diri, Ewal Dedah Perangai Sebenar Mona

Namun, semalam menerusi satu video yang dimuat naik oleh pihak Akademi Fantasia di laman Instagramnya, Shahir menjelaskan dia bakal muncul di konsert malam ini.

⚡️⚡️Shahir mana @shahirzawawi88 ! Dia ada je di sini! Tunggu esok final konsert #AFMegastar! . . Di Astro Ria & Ria HD Malam ESOK 9 Malam ! Dan #AFMegastar Live+ di www.AFMegastar.com.my untuk saksikan secara online. ⚡️⚡️

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on Oct 20, 2017 at 11:30pm PDT

“Insya-Allah saya ada esok (Ahad). So, jangan lupa saksikan Final AF Megastar. Saya ada, ada,” katanya di dalam video tersebut.

Syukur Syahir tidak menghampakan peminat-peminat yang ingin melihat dia berjuang menghabiskan apa yang dimulakannya sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pada itu, pengacara AF Megastar, Datuk Aznil Nawawi turut memuat naik screenshot perbualan antaranya dan Shahir menerusi aplikasi WhatsApp di laman Instagram miliknya.

“Jangan risau. Demi Pak Nil, saya teruskan,” tulis Shahir.

Perbualan tersebut sekaligus mengesahkan yang penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini bakal muncul dalam pertandingan yang bakal melabuhkan tirainya itu.

Aznil secara tidak langsung turut memuji tindakan Shahir untuk meneruskan perjuangannya di pentas AF Megastar.

“Alhamdulillah, kita akan melihat lima finalis AF Megastar berentap termasuk Shahir.

“Tindakan Shahir itu bijak. Ramai yang mahu melihatnya bersaing dengan empat lagi finalis iaitu Marsha, Idayu, Bob dan Syamel.

“Ini menjadi ruang untuk Shahir membuktikan dirinya serius dan kuat meneruskan perjuangan seni ketika ada pihak yang mungkin tidak senang dengan dirinya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Aznil selaku pengacara Akademi Fantasia yang paling lama dan telah menganggap peserta AF dari musim pertama hingga sekarang sebagai adik-adik kandungnya sendiri sudah tentu mahu melihat mereka berjaya dalam bidang yang dipilih ini.

“Saya tak mahu mereka cepat mengalah dalam hidup. Begitu juga dengan Shahir.

“Saya mahu dia serius dalam dunia seni ini. Dia ada bakat tersendiri. Saya tak mahu dia ‘hilang’ lagi seperti sebelum ini,” katanya.

Tahniah di atas keputusan yang dibuat dan bersikap professional. Selamat maju jaya diucapkan kepada kelima-lima finalis yang bakal berentap menyampaikan dua buah lagu pada malam ini! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Datuk Aznil NawawiKonsert AF Megastar 2017shahir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hospital Khas Bagi Veteran Tentera – Hishammuddin

Next Post

Pelantikan Kapten Izham Teraju MAB Disambut Baik

Related Posts

Pak Nil Turut Ceriakan Murid Sekolah

02/01/2019
0

MERIAH... Figura popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi hadir menceriakan sesi persekolahan hari pertama murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK)...

“Jangan Terikut Buat Perkara Tak Berfaedah”

23/07/2018
0

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi, menegur golongan yang terikut-ikut dengan kegilaan ramai terhadap cabaran tarian sedang tular, 'Keke Challenge' kerana...

Next Post

Pelantikan Kapten Izham Teraju MAB Disambut Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd