Ex PA Dedah Nad Zainal Kantoi Romen Dengan Boyfriend!

BENGANG dengan tuduhan Nad Zainal yang mengatakan dirinya melarikan duit pelakon itu, bekas pengurusnya yang dikenali sebagai Alog Zuren telah mendedahkan segala keburukan yang mungkin boleh mencalar imej pelakon berusia 25 tahun itu.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya, Alog Zuren meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin.

Difahamkan Alog Zuren bengang dengan kenyataan yang dikeluarkan Nad menerusi program hiburan Melodi yang bersiaran semalam (Ahad) yang menuduhnya melarikan sejumlah wang milik aktres tersebut.

Menafikan dia ‘mencuri’ wang Nad, habis semua kelakuan buruk Nad terbongkar hanya menerusi satu posting di media sosial.

Dalam posting itu, Alog Zuren mengakui Nad pernah membawa masuk teman lelakinya ke rumah bekas pengurusnya itu selain mengiakan cakap-cakap orang sebelum ini yang pelakon itu seorang yang sombong dan enggan melayani peminatnya.

Nah, anda baca sendiri dakwaan yang dilemparkan Alog Zuren terhadap pelakon lulusan Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu.

fb

Memetik penjelasan lanjutnya menerusi BH Online, Alog Zuren berkata, “Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia membuat kenyataan sebegitu (melarikan duit Nad di Melodi). Ini bukan kali pertama.”

“Saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas. Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini,” katanya.

Selain pendedahan di atas, Alog Zuren turut berkongsi satu video bagi membuktikan dakwaannya bahawa Nad merupakan seorang artis yang sombong dan enggan melayani peminat.

Menerusi video berdurasi selama satu minit itu, dapat dilihat Nad sedang asyik dan leka dengan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan adik-adik anak yatim yang diraikan dalam satu majlis yang dihadirinya sebelum ini.

Dengan duduk terkangkang, Nad juga tidak menghiraukan penghuni rumah itu yang pastinya berasa teruja dengan kehadirannya di situ.

https://www.youtube.com/watch?v=NAjYW5KbZM0

Menurut Alog Zuren juga Nad tergila-gilakan pelakon tall, dark and handsome, Remy Ishak malah Nad pernah membuat kenyataan palsu mengatakan peminat memintanya bercinta dengan aktor kelahiran Melaka itu.

Hmmm, nampaknya Nad perlu tampil menjawab segala dakwaan yang dipalitkan kepadanya agar namanya tidak terus hanyut ditelan kontroversi yang sememangnya menjadi asam garam hidup seorang anak seni.

Disebabkan satu kenyataan, semua cerita luar dalam Nad Zainal habis terselak oleh seseorang yang pernah rapat dan menyimpan segala rahsia mengenai dirinya. – MYNEWSHUB.CC

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2014 Nad Zainal

https://www.youtube.com/watch?v=OLQRyxPacQg

Loading...