Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

JDT Ke Bukit Jalil...

SESIAPA sahaja boleh berkata apa sahaja tentang final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Enam Kawasan Catat Suhu...

KUALA LUMPUR - Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celcius...

Pencemaran Sungai Semenyih Dirujuk...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes pencemaran ammonia di Sungai Semenyih akan...

Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pemilihan...

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini meluluskan secara rasminya usul...

Bekas Personaliti TV, Ishak Nengah Selamat Dikebumikan

PETALING JAYA – Jenazah bekas personaliti TV, Ishak Nengah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 Subang Jaya, di sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan apabila puluhan anggota keluarga, rakan artis dan penggiat seni tanah air memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Rakan rapat kepada Allahyarham, Rosman Jasmi, 52, berkata Allahyarham tidak pernah mengharapkan simpati sesiapa walaupun menghidap penyakit kanser sejak tujuh tahun lalu, bahkan mahu sokongan daripada orang sekeliling dalam usahanya melawan penyakit tersebut.

“Beliau (Allahyarham Ishak) mempunyai semangat yang kuat. Beliau komited terhadap tugasnya walaupun ketika sakit. Beliau sentiasa ceria dalam hidupnya,” kata beliau yang turut menderita penyakit leukemia, dengan menjadikan Allahyarham sebagai contoh bagi dirinya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, personaliti TV Raz Adiba Radzi menyifatkan pemergian Ishak sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham adalah ikon dalam bidang penyiaran tempatan.


“Kami (dalam dunia pengacaraan) baru kehilangan abang Dale (Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman) dan kini kehilangan abang (Allahyarham) Ishak. Bagaimanapun, paling penting kami akan terus menyambung legasi (arwah) abang Ishak dan (arwah) abang Dale.

“Saya rasa ini tanggungjawab saya dan orang lain dalam bidang penyiaran untuk membantu dan meningkatkan mutu pengacaraan kerana kedua-dua mereka adalah pengacara terkenal,” katanya.

Allahyarham Ishak, 65, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi barah hidung pada kira-kira 12.45 tengah hari ini, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengadu sesak nafas sekitar 4 pagi tadi.

Bapa kepada penyanyi rap terkenal, Johan atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow, 38, meninggalkan seorang isteri, Aishah Ali dan dua lagi anaknya, Ashraf, 35, dan Iman, 28. – BERNAMA

Kategori