• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Rumah Jadi Stor Simpan Rokok Seludup Terbongkar

oleh AK-47
20/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rahsia Rumah Jadi Stor Simpan Rokok Seludup Terbongkar
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Intipan dan risikan selama dua minggu berjaya membongkar rahsia sebuah rumah di Jalan Bakariah di sini yang dijadikan stor simpanan rokok seludup dalam serbuan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sejumlah 155,200 batang rokok kretek dan rokok putih dirampas membabitkan nilai keseluruhan RM174,290 termasuk nilai cukai.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan jam 12 tengah hari itu oleh Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri dan Task Force Kontraban Johor itu turut menahan seorang lelaki berumur 56 tahun.

“Menerusi risikan dua minggu pasukan berkenaan berjaya menemui dan merampas 23,430 batang rokok kretek, 131,760 batang rokok putih dipercayai rokok seludup dan sebuah kereta jenis Toyota Corollla

“Polis percaya suspek adalah ahli sindiket yang menjaga stor rokok seludup berkenaan dan bekalan untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit di sekitar daerah Muar,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan sudah aktif selama tiga bulan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

“Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan kontraban.

-Harian Metro

Tags: Rokok SeludupStor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Serbu Stor Produk Tiruan

KPDN Serbu Stor Produk Tiruan

08/09/2024
0

Kuala Lumpur: Keterujaan memiliki wajah cantik melalui pelbagai produk kosmetik murah dibeli melalui laman e-dagang akhirnya membinasakan wajah dan tubuh....

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd