• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek 65 Tahun Lahirkan Kembar Empat

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Nenek berusia 65 tahun yang sebelum ini mendapat liputan meluas kerana hamil telah selamat melahirkan bayi kembar empat, sekali gus menjadikan anaknya kini seramai 17 orang.

Annegret Raunigk yang sudah mempunyai 13 anak dan tujuh cucu menjalani pembedahan di Hospital Berlin untuk melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang perempuan itu.

Bayi pramatang itu dilahirkan ketika usia kandungannya 26 minggu dan kini berada dalam keadaan baik dan mempunyai peluang cerah untuk hidup.

Sebelum ini, Annegret mempunyai anak yang berusia di antara sembilan hingga 44 tahun.

Wanita bergelar nenak itu mengambil keputusan untuk mempunyai anak lagi selepas anak bongsunya inginkan adik.

Sebelum ini, AP melaporkan Annegret hamil melalui kaedah IVF yang dilakukan di Ukraine kerana prosedur tersebut adalah diharamkan di Jerman.

Keputusannya untuk melahirkan bayi di usia emas mendapat kritikan beberapa pakar perubatan kerana menganggap warga emas itu tidak mampu secara fizikal untuk mengandung empat bayi.

Walaubagaimanapun, Annegret percaya setiap orang perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup yang diingininya. – mStar

Tags: nenekpelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 5 Tahun Pecah Usus Disepak Nenek Saudara

06/01/2021
0

RAWANG - Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30...

Kasih Sayang Tidak Kenal Agama!

23/12/2019
0

MELAKA - “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd