• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Bermotosikal Iring Van Mayat Halang Lalu Lintas

oleh Mohd Arshad
19/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kumpulan Bermotosikal Iring Van Mayat Halang Lalu Lintas
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Polis sedang mengesan sekumpulan remaja lelaki dipercayai mengiringi van mayat dan menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat pekan Meru, dekat sini, seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 1 minit 05 saat itu kira-kira jam 10.43 pagi tadi.

“Siasatan mendapati video yang dimuatnaik melalui laman sosial Facebook di bawah akaun ‘We Are Malaysian’ itu memaparkan sekumpulan remaja tidak memakai topi keledar menaiki motosikal dan kereta mengiringi van mayat yang menghalang lalu lintas di lokasi itu.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Klang Utara membuat siasatan awal dengan mengesan dan akan memanggil penganjur untuk memberikan keterangan serta mengenal pasti suspek yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menafikan pembabitan kumpulan samseng dalam perarakan berkenaan seperti dakwaan di media sosial tertentu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kumpulan Bermotosikallalu lintasVan Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masa Kerja Fleksibel Atasi Kesesakan Lalu Lintas

28/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) patut digalakkan di organisasi di bandar-bandar besar kerana ia mampu mengatasi masalah...

Trafik Filipina Dan Indonesia Paling Teruk Di Dunia – Waze

05/10/2015
0

TEL AVIV - Selama ini mungkin ramai anggap memandu kereta di Jakarta, Indonesia adalah paling ngeri hingga ada pelancong membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd