• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Satu Maut, Kereta Dipandu Rakan Tiada Lesen Terbabas

oleh Mohd Arshad
18/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelajar Tingkatan Satu Maut, Kereta Dipandu Rakan Tiada Lesen Terbabas
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : ‘Malang tidak berbau’ selepas kereta jenis Proton Wira dipandu seorang remaja berusia 17 tahun yang tiada lesen memandu terbabas dalam kejadian di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah, Superintenden Arshad Abu berkata, nahas kira-kira pukul 11.45 malam itu meragut nyawa seorang pelajar perempuan tingkatan satu manakala dua kakaknya, sepupu dan rakan pula mengalami kecederaan.

Beliau berkata, mangsa, V. Dayalini, 13, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal ke Ayer Keroh.

“Kereta tersebut dipandu seorang remaja berusia 17 tahun yang merupakan rakan kepada empat mangsa lain. Pemandu yang bekerja sebagai mekanik disahkan tiada lesen memandu.

“Setibanya di lokasi kereta dipandunya dipercayai terbabas masuk lorong bertentangan sebelum melanggar tebing tanah sebelah kanan yang menyebabkan kereta tersebut berpusing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke unit forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Dua lagi mangsa yang merupakan kakaknya berusia 14 dan 16 tahun mengalami sakit di bahagian dada, manakala sepupu perempuan mereka berusia 16 tahun luka bahagian kaki dan tangan.

“Pemandu kereta bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki, kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

-Utusan Online

Tags: kemalanganmautPelajar Tingkatan Satuterbabas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

Peniaga Tepi Jalan Dirempuh, Suspek Dipercayai Pandu CR-V Hitam Larikan Diri

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suasana pagi di Taman Sungai Besi Indah bertukar cemas apabila seorang peniaga tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan...

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

Tersalah Tekan Pedal Minyak Kereta Punca Pelajar Tingkatan Satu Maut Dilanggar – Polis

13/04/2026
0

KOTA BHARU – Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd