• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

oleh Mohd Arshad
13/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan masyarakat, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pihaknya terus melakukan penyeliaan bagi menjangkau turun naik harga terutamanya selepas kenaikan harga bahan api bersubsidi (BBM).

Menurut Zulkifli, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan Pemerintah Wilayah supaya meringankan kos pengangkutan barang keperluan asas terutamanya di kawasan yang mengalami kenaikan harga melebihi lima peratus.

“Pemerintah setempat akan membantu subsidi kos pengangkutan supaya harga barang keperluan asas turun. Ini harus diperhatikan agar tidak menjadi tidak menentu,” katanya.

Jelas beliau, pemerintah akan terus mengawal inflasi makanan dengan menjalankan pelbagai usaha bermula daripada operasi pasaran dan subsidi pengangkutan serta mengoptimumkan program Maritim Outlet, Tol Laut dan Jambatan Udara.

Beliau optimis untuk mengawal turun naik harga serta berusaha menstabilkan harga minyak masak yang berjaya mencatat deflasi sekitar empat bulan lalu.

Zulkifli turut melakukan pemantauan dan bekalan barang keperluan asas di Jawa Tengah.

“Saya setiap hari memantau harga barang keperluan asas. Di Pasar Karang Ayu, harga barang keperluan asas stabil. Telur terus menurun dengan harga Rp 27.000 (RM8) sekilogram,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Harga BarangKementerian Perdagangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Beradik Antara Empat Ditahan Edar Dadah

Next Post

LCS Pertama Dijangka Diterima Pada Januari 2026

Related Posts

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

02/04/2024
2

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya...

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

18/07/2022
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang...

Next Post
LCS Pertama Dijangka Diterima Pada Januari 2026

LCS Pertama Dijangka Diterima Pada Januari 2026

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd