• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Segera Hadapi Tengkujuh

oleh Mohd Arshad
12/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Diaktifkan Segera Hadapi Tengkujuh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan pegawai daerah, akan diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut tahun ini yang dijangka bermula November ini hingga Mac depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) hari ini, memandangkan JPBD mempunyai fungsi penting untuk melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta penyampaian bantuan di lokasi bencana, sementara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan JPBN menyelaras di peringkat pusat serta negeri.

Bagi aspek pengurusan mangsa, beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa.

“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.59 juta untuk menaik taraf kemudahan asas dan fasiliti di semua PPS seperti penyediaan bilik mandi serta tandas. Kementerian Pendidikan (KPM) diarah supaya asrama sekolah tidak dihuni pelajar ketika bencana berlaku digunakan orang ramai yang terjejas khususnya warga emas, anak-anak kecil dan wanita.

“JKM perlu menyediakan makanan ‘retort’ dalam tempoh 24 jam pertama, keperluan bayi dan warga emas seperti lampin pakai buang untuk mangsa bencana yang dipindahkan ke PPS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, NADMA sudah mengagihkan sebanyak 59,350 kit makanan dan 127,272 buah ‘cubicle tent’ bagi memastikan kelancaran pengurusan penempatan di PPS dan kebajikan mangsa apabila berlakunya bencana.

“JPBN dan JPB Daerah perlu bersedia lebih awal bagi memastikan bantuan bekalan sampai di semua lokasi bagi mengelakkan keadaan lebih sukar sekiranya jalan terputus dan sebagainya. Sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk Pengurusan Pengoperasian Bencana monsun timur laut kepada JPBN untuk kegunaan 160 daerah.

“Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta bagi menyediakan 320 buah bot fiber bersama dengan enjin untuk daerah-daerah terbabit sebagai usaha memperkasa peranan komuniti sebagai ‘initial responder’ ketika berlakunya bencana,” katanya.

Ismail Sabri berkata, 22,622 aset air seperti bot, treler bot dan jet ski milik semua agensi dari seluruh negara digerakkan untuk menghadapi musim monsun ini, dengan semua aset perlu dikoordinasi dengan sebaik mungkin supaya kerja menyelamat dilaksanakan dengan berkesan.

“JPBN dan JPBD juga perlu memastikan sistem amaran awal bencana terutama di lokasi sering dinaiki air berfungsi dengan baik. Mesyuarat bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pengumuman berpindah akan turut dibuat pihak berkuasa dari semasa ke semasa melalui sistem pembesar suara. Seluruh rakyat khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir diminta sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Katanya, semua agensi terbabit khususnya di peringkat negeri dan daerah bencana diarah memastikan kelancaran bantuan kepada Keluarga Malaysia yang terjejas dengan penyelarasan komunikasi yang cekap dan efisien.

Secara keseluruhannya katanya, seramai 79,549 pegawai dan anggota agensi keselamatan serta penyelamat di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya dengan sokongan pelbagai aset.

“Dalam usaha memantapkan kesiapsiagaan Keluarga Malaysia, sebanyak 155 program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang membabitkan 12,534 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua komuniti, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

-Berita Harian

Tags: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerahtengkujuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembalak Kelantan Hentikan Operasi Ketika Tengkujuh

07/11/2018
0

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata aktiviti pembalakan di negeri ini kebiasaannya dihentikan sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd