• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Umum Bantuan Kemanusiaan AS$30 Juta Untuk Pakistan

oleh AK-47
31/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AS Umum Bantuan Kemanusiaan AS$30 Juta Untuk Pakistan
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Amerika Syarikat (AS) akan memberikan bantuan kemanusiaan bernilai AS$30 juta kepada Pakistan melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) ketika negara-negara lain terus menjanjikan bantuan untuk berjuta-juta mangsa banjir di Pakistan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Sebagai respons kepada permintaan bantuan kerajaan Pakistan, Amerika Syarikat akan mengutamakan sokongan makanan yang diperlukan segera, air yang bersih, sanitasi, bantuan kewangan dan tempat perlindungan,” menurut kenyataan Kedutaan AS di Islamabad pada Selasa.

Kerajaan Kanada sebelum ini mengumumkan pembiayaan $5 juta untuk menyokong respons antarabangsa terhadap bencana alam itu manakala Azerbaijan menawarkan bantuan bernilai AS$2 juta dan Kesatuan Eropah (EU) AS$1.8 juta.

Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar menghantar penerbangan kargo yang membawa barangan yang sangat diperlukan seperti paket makanan, khemah dan kit kebersihan diri.

Iran menghantar beribu-ribu khemah, permaidani dan selimut melalui sempadan tenggara Chabahar, menurut media Iran.

Kira-kira 33 juta orang terjejas akibat banjir yang melanda wilayah Sindh, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa melancarkan pelan kecemasan AS$160 juta untuk membantu Pakistan menangani krisis itu.

Bantuan itu menyasarkan kira-kira 5.2 juta orang yang paling mudah terjejas.

Setengah juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di kem-kem perlindungan, hampir satu juta rumah mengalami kerosakan dan 700,000 ternakan hilang dalam banjir, menurut jurucakap pejabat penyelarasan kemanusiaan PBB Jens Laerke.

Beliau berkata penyampaian bantuan terganggu apabila 3,500 kilometer jalan raya dan 150 jambatan mengalami kerosakan.

-Sinar Harian

Tags: ASbantuan kemanusiaanPakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd