• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Dalam Kebakaran: Ibu Belum Sedia Maafkan Pelaku

oleh AK-47
30/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Maut Dalam Kebakaran: Ibu Belum Sedia Maafkan Pelaku
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Ibu kepada remaja lelaki yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, masih belum terbuka hati memaafkan pelaku kejadian meragut nyawa anaknya, Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hizanawati Abu Bakar, 48, berkata, kejadian itu amat memilukan dan dia memerlukan masa untuk melupakan segala apa yang terjadi.

“Saya mungkin boleh maafkan mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa sebab kejadian baru berlaku dan masih bersedih kerana kehilangan insan tersayang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Hizanawati, salah seorang daripada pelaku datang berjumpanya dan berkali-kali memohon maaf serta menyesali perbuatan tersebut.

“Dia (pelaku) ada jumpa saya meminta maaf, tetapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi mungkin kesannya masih dirasai sehingga kini,” katanya.

Bagaimanapun Hizanawati berkata, dia reda dengan kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Damin dan bersyukur kerana ramai yang memberikan kata-kata semangat.

“Mungkin ajal arwah sudah tertulis, kalau ada di rumah sekali pun, mungkin dia akan meninggal dunia dengan cara lain.

Hizanawati memberitahu, jenazah Muhammad Damin yang juga anak kelima daripada enam beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, kira-kira jam 6 petang Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, keluarga menuntut polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar kematian Allahyarham Muhammad Damin.

Pada Ahad Muhammad Damin ditemui rentung di dalam sebuah tandas awam berhampiran sebuah padang pada Ahad.

Ketika kejadian mangsa dikatakan tidur di atas sebuah sofa di hadapan pintu tandas tersebut sebelum kedua-dua suspek menyalakan api di bawah sofa terbabit untuk bergurau.

Berikutan kejadian itu, polis menahan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun untuk membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Tags: Ibukebakaranmaaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Mengaku Salah, Dipenjara Setahun Lakukan Aksi Tidak Senonoh Di Kubur

Pasangan Mengaku Salah, Dipenjara Setahun Lakukan Aksi Tidak Senonoh Di Kubur

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd