• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Gagal Seleweng 21,000 Liter Diesel Bersubsidi

oleh AK-47
30/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
4 Lelaki Gagal Seleweng 21,000 Liter Diesel Bersubsidi
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Mertajam : Cubaan empat lelaki dipercayai menyeleweng diesel bersubsidi gagal apabila ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Paboi, Simpang Ampat, dekat sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan jam 11.30 malam selepas mendapat maklumat berhubung penyelewengan bahan kawalan terbabit.

Pengarah KPDNHEP negeri, S Jegan, berkata, ketika serbuan, ada empat lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun sedang melakukan aktiviti pemindahan diesel dari sebuah lori berkapasiti 10 tan yang telah diubahsuai ke dalam sebuah lori tangki.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat 5,000 liter minyak diesel dalam lori terbabit, manakala lori tangki pula sudah diisi kira-kira 10,000 liter minyak diesel.

“Selain itu, kita turut menemui sebuah lori yang berisi 6,000 liter minyak diesel dalam premis berkenaan menjadikan keseluruhan 21,000 liter minyak diesel yang cuba diseleweng,” katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Stor Eksibit KPDNHEP negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan juga mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menyimpan minyak diesel.

“Berikutan itu, semua diesel termasuk tiga lori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,150 dirampas untuk tindakan seterusnya..

“Keempat-empat lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti penyelewengan terbabit turut ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Harian Metro

Tags: Seleweng Diesel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Lori Mencurigakan Terlibat Seleweng Diesel

Pemandu Lori Mencurigakan Terlibat Seleweng Diesel

16/08/2022
0

KUANTAN – Tindakan seorang pemandu lori yang mengisi minyak secara mencurigakan membawa kepada penemuan aktiviti penyeludupan minyak diesel menggunakan tangki...

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Dilumpuhkan

Sindiket Seleweng Diesel Bersubsidi Dilumpuhkan

12/08/2022
0

Shah Alam : Empat aktiviti penyelewengan barang kawalan subsidi bahan api diesel dengan nilai keseluruhan RM507,142 dilumpuhkan di Semenyih, Kota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd