• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur lebar: Lebih RM100b Diperuntuk Sejak 1990

oleh Ahmad Albab
23/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan lebih RM100 bilion untuk menambah baik infrastruktur jalur lebar sejak 1990 sehingga sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, untuk menaik taraf 2G kepada 3G, ia memerlukan pelaburan sehingga RM40 bilion dan kos yang tinggi menyebabkan usaha meningkatkan kelajuan atau liputan menyeluruh memerlukan masa lama sebelum dapat dilaksanakan.

“Misalnya 2G perbelanjaanya antara RM40 hingga RM50 bilion, untuk 3G pun sama, ini tidak termasuk dalam menyediakan laluan fiber optik.

“Program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 1 (HSBB1) pula menelan belanja RM11.3 bilion tidak termasuk HSBB2 dan menyediakan menara telekomunikasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2015 di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, untuk melaksanakan infrastruktur jalur lebar memerlukan gandingan usaha kerajaaan persekutuan, negeri serta pihak swasta.

Misalnya, jika kerajaan negeri tidak mewajibkan semua kawasan perumahan baharu disediakan kemudahan laluan fiber optik ia akan menjadi penghalang kepada usaha penambahbaikan itu.

Beliau berkata, rata-rata model infrastruktur jalur lebar termasuk penyediaan laluan fiber optik dikendalikan pihak swasta dan di sini kerajaan berusaha memastikan mereka menjalankan peranan kerana soal untung rugi bukan segalanya sekarang.

Selaras dengan hasrat Rancangan Malaysia ke-11, langkah itu turut dilihat penting dalam memastikan negara mencapai taraf negara maju menjelang 2020 kerana setiap urusan dalam aspek digital ekonomi memerlukan akses jalur lebar.

“Kegagalan bukan lagi pilihan kerana untuk dipanggil negara maju maka akses jalur lebar merupakan asas penting untuk membolehkan pelbagai urusan seperti e-commerce, e-payment,e-kerajaan dan e-banking dilakukan,” katanya.

Menurutnya liputan jalur lebar kini bukan lagi satu kemudahan atau kemewahan, malah telah menjadi satu hak asasi manusia yang tidak dapat dinafikan.

“Kalau lambat, seolah-olah kita menafikan hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan jalur lebar seperti mana kemudahan utiliti yang lain,” katanya.

Bagi tujuan itu, beliau berkata kementeriannya turut memperkenalkan program “Connecting the Unconnected” secara bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi di bawah kementerian berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad ShaberyJalur lebar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKP Punca Aliran Trafik Internet Tinggi?

09/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Peningkatan dalam penggunaan persidangan video, pembelajaran dan aktiviti membeli-belah melalui internet telah menyumbang kepada peningkatan permintaan jalur...

Harga Jalur Lebar Tidak Dikurangkan

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa harga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd