• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Belalai Air Muncul Di Pantai Paka

oleh Mohd Arshad
28/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fenomena Belalai Air Muncul Di Pantai Paka
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN : Pengunjung dan penduduk di sekitar Pantai Paka di sini, gempar dengan fenomena pusaran angin atau belalai air yang berlaku di kawasan laut tidak jauh dari pantai tersebut, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Fenomena selama lebih lima minit bermula kira-kira pukul 5.40 petang itu sempat dirakam pengunjung pantai tersebut sebelum semakin mengecil dan hilang.

Seorang penduduk, Zunazri Zulkifli, 42, berkata, dia yang sedang memandu kereta dan mahu membeli makanan di kedai berhampiran pantai tersebut terkejut melihat awan tebal dan terdapat pusaran angin.

“Fenomena itu jelas kelihatan meskipun jaraknya jauh di tengah laut. Semasa kejadian, angin tiba-tiba kuat di pesisir pantai namun tiada hujan dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya juga sempat merakam beberapa keping gambar,” katanya di sini, hari ini.

Seorang lagi pengunjung pantai, Roszini Ramli, 43, berkata, dia yang bersama dua anaknya terkejut melihat fenomena tersebut.

“Saya belum pernah melihat kejadian ini. Memang agak takut dan terkejut. Bimbang berlaku kejadian buruk, kami cepat-cepat pulang,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp beberapa keping gambar dan video mengenai kejadian tersebut.

Namun, beberapa pemancing yang berada di tengah laut ketika itu turut memuat naik beberapa keping gambar mengenai laut yang kelihatan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

-Utusan Online

Tags: Fenomena Belalai AirPantai Paka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd