• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

oleh Mohd Arshad
23/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dua lelaki yang cuba meragut seorang wanita sedang berjalan di Persiaran KLCC, di sini, diberkas orang awam malam Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 32 dan 35 tahun kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata dalam kejadian pada jam 9.38 malam itu, dua suspek terbabit yang menaiki sebuah motosikal meragut seorang wanita.

“Pada masa sama, orang awam yang melalui jalan berkenaan yang terlihat kejadian itu berhenti membantu menyelamatkan mangsa.

“Berdasarkan satu rakaman video kejadian itu berdurasi satu minit lima saat yang tular di media sosial mendapati beberapa lelaki menghalang suspek meragut, sekali gus menahan suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Dellhan berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar dan serangkai kunci motosikal.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, membuka kertas siasatan berkenaan kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman lima hari bermula Isnin hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat jika mengesan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999, IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Berkasorang awamragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

Berkas Suspek Tembakan Di KLIA, Bukti Kecekapan Polis – Musa Hassan

16/04/2024
0

SHAH ALAM - Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Dua Lelaki Diberkas Lerai Motosikal Curi

Dua Lelaki Diberkas Lerai Motosikal Curi

24/09/2023
0

SUBANG JAYA - Polis memberkas dua lelaki kerana disyaki meleraikan komponen motosikal curi di Jalan SS15/4C Subang Jaya dekat sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd