• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arkitek Ditahan SPRM, Tuntutan Palsu RM3 Juta

oleh AK-47
20/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Arkitek Ditahan SPRM, Tuntutan Palsu RM3 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seorang arkitek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemuka tuntutan palsu dianggarkan berjumlah RM3 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber berkata, tuntutan itu membabitkan sebuah projek pembangunan di Pantai Timur.

Menurutnya suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berhubung kes sama pada 16 Jun lalu.

“Lelaki itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Jelasnya, arkitek itu disyaki terbabit dalam tindakan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang keseluruhannya bernilai lebih RM300 juta.

“Lebih malang apabila tuntutan palsu dibuat sedangkan kerja-kerja sewajarnya tidak dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2022 selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: arkitekSPRMTahanTuntutan Palsu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd