• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini

oleh AK-47
20/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara Jalan Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak RM1.08 bilion diperuntukkan bagi kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, RM150 juta membabitkan kerja penyenggaraan di zon selatan iaitu Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

“Bagi zon selatan, kerja penyenggaraan bagi negeri Pahang adalah sebanyak RM66.08 juta, Johor (RM60.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM23.63 juta).

“Kerja-kerja penyenggaraan ini penting untuk memastikan jalan-jalan ini berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita katanya sempena Jelajah FTRoadpedia Selatan 2.0, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah berkata projek cadangan menaik taraf jalan di Jalan Persekutuan FT050 dari Ayer Hitam ke Kluang di Seksyen 33.8 hingga ke persimpangan Stadium Kluang di Seksyen 49.1, akan dikemukakan ke peringkat Persekutuan tahun hadapan.

Fadillah berkata projek Fasa 3B dengan anggaran nilai RM385.13 juta itu adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan maut sepanjang jajaran tersebut.

Katanya, ia juga merupakan kesinambungan daripada projek Fasa 3A bernilai RM219 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Oktober 2024.

“Lokasi ini telah direkodkan sebagai lokasi kemalangan tertinggi di Malaysia akibat ketiadaan bahu jalan, median dan pusingan U dan sebanyak 52 kemalangan dicatatkan dari tahun 2020 sehingga Jun 2022.

“Jalan ini merupakan laluan utama tanpa tol yang menghubungkan Daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing melibatkan kerja-kerja membina bahu jalan, median, pusingan U dan juga kerja-kerja berkaitan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut berkata tambahan sebanyak RM600, 000 juga diluluskan untuk menambah baik lampu jalan di Jalan Persekutuan FT050 bagi memastikan pelbagai aspek terutama aspek keselamatan kepada pengguna.

-Malaysia Kini

Tags: jalanperuntukanSelenggara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

Nga Kor Ming Turun Padang Bantu Cat Flat Tun Aminah, Peruntukan Baik Pulih RM2.5 Juta

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming turun padang membantu mengecat Flat Tun Aminah, Skudai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd