• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Dalam Tindakan Selesaikan Kes LCS

oleh AK-47
18/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Dalam Tindakan Selesaikan Kes LCS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam tindakan untuk menyelesaikan siasatan berhubung skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah membuka beberapa kertas siasatan berkenaan kes itu.

“Siasatan masih dijalankan dan kita ada buka beberapa kertas siasatan di mana salah satu kertas siasatan telah dilengkapkan dan individu berkenaan telah dituduh di mahkamah.

“Setiap kertas siasatan yang telah dilengkapkan akan diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk kajian sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Azam bagaimanapun tidak mendedahkan siapa individu terlibat sama ada ia mengaitkan orang politik mahupun orang awam.

Pada Selasa, bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Noor, 78, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah projek LCS membabitkan dana syarikat bernilai lebih RM21 juta.

Pada 11 Ogos lalu, SPRM telah mencadangkan beberapa nama kepada Pejabat Peguam Negara untuk didakwa.

Sebelum itu, pada 4 Ogos, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek LCS bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

-Sinar harian

Tags: Kes LCSLCSSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd