• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Akan Siasat Lanjut Premis Nasi Ayam Tular

oleh Mohd Arshad
17/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDNHEP Akan Siasat Lanjut Premis Nasi Ayam Tular
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan lanjut ke atas premis nasi ayam di Sungai Ara dan Persiaran Gurney, di sini yang terbabit dalam video tular baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, A. Mogan berkata, siasatan itu akan melihat dari sudut apa-apa kenyataan yang boleh menjadi kesalahan melibatkan kedai itu di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, siasatan itu akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

”Semasa pemeriksaan dijalankan, didapati premis kedai makan tersebut tidak menggunakan kenyataan halal di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal Akta Perihal Dagangan 2011 dan tiada pelanggaran kesalahan terhadap akta-akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.

”KPDNHEP akan menjalankan siasatan selanjutnya sekiranya premis kedai makan tersebut menggunakan apa-apa kenyataan yang boleh menjadi kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

Semalam, JHEAIPP mengesahkan kedua-dua premis di Sungai Ara dan Persiaran Gurney itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam pada itu, Mogan mengingatkan mana-mana peniaga supaya beretika serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak terpedaya dengan video tular yang selalu disiarkan di media sosial.

“Namun, pihak kami akan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan yang diterima untuk memastikan kesejahteraan orang ramai dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP,” katanya.

-Utusan Online

Tags: KPDNHEPPremis Nasi Ayam TularSiasat Lanjut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd