• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anita Sarawak Bersara Jadi Penyanyi, Fokus Bidang Hartanah

oleh AK-47
24/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA kehilangan diva popular Malaysia, Anita Sarawak mengejutkan peminat hiburan tempatan apabila dilaporkan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, semuanya terjawab apabila bintang tersohor itu dikhabarkan menghubungi adiknya, Noor Jumaatun dari Los Angeles, Amerika Syarikat memaklumkan dirinya sihat dan dalam keadaan baik.

BACA: Tak Hilang! Noorkumalasari Lega, Anita Hubungi Keluarga

Sementara itu, menerusi laporan terkini Harian Metro, penyanyi dan pelakon era 80-an iaitu Noorkumalasari mengesahkan kakaknya, Anita Sarawak, 63 memilih untuk bersara dalam bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada peniagaan hartanah.

Noorkumalasari
Noorkumalasari

Menurut Noorkumalasari, perkara itu dimaklumkan Anita ketika menghubunginya Mac lalu.

“Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi.

“Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga),” katanya.

Jelas Noorkumalasari, Anita menguruskan perniagaan itu bersama suaminya Mahathir di Las Vegas.

“Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu,” katanya lagi.

Selain itu, Noorkumalasi menafikan spekulasi yang menyatakan perkahwinan Anita bersama suami berakhir dan kakaknya sudah mengenakan hijab.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd