• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika Kemas Diketahui Hujung Tahun

oleh AK-47
16/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjawat Awam Perlu Pertahan Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, permohonan telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan elaun tersebut berikutan bebanan tugas yang semakin meningkat dan tidak setimpal dengan gaji yang diterima iaitu RM500 sebulan.

“Insya-Allah dalam tahun ini (dapat keputusan),” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2021 di sini, hari ini.

Mengulas cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar MARA meneruskan projek MARA Digital, Mahdzir berkata agensi itu komited meneruskan usaha menambah baik pusat perniagaan tersebut, yang dicetuskan Ismail Sabri pada 2015 ketika menyandang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Usaha ke arah itu akan diteruskan kerana MARA Digital Mall ini adalah ‘baby’ PM (Perdana Menteri). Beliau cetuskan penubuhan premis itu khusus untuk usahawan Bumiputera,” katanya.

Ismail Sabri dalam catatan di laman Facebook beliau berkata MARA telah diarah meneruskan projek MARA Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.

Semalam, Ismail Sabri mengadakan tinjauan mengejut ke MARA Digital Mall Kuala Lumpur bagi meninjau sendiri aktiviti perniagaan di pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT itu.

Mahdzir berkata pihaknya akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat mengenai penganjuran aktiviti bagi mempromosikan produk usahawan IT di hadapan MARA Digital Mall Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu.

“Misalnya, cadangan penutupan jalan (di hadapan Digital Mall Kuala Lumpur) setiap hujung minggu untuk beri ruang kepada penganjuran aktiviti promosi. Kalau permohonan diluluskan DBKL, anak muda (Bumiputera) yang membabitkan diri sebagai usahawan IT dapat ambil bahagian,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ElaunKenaikan ElaunPembantu Tabika KemasTabika Kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd