• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Pemuda Hina TGNA, Mengembek Macam Kambing

oleh AK-47
25/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMERGIAN mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atau TGNA ke rahmatullah pada 12 Februari lalu begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Malah, hingga hari ini pusara milik tokoh politik dan ilmuwan agama itu tidak henti-henti dikunjungi orang ramai yang ingin memberikan pengormatan.

Di Shah Alam, diadakan satu program tribute bertajuk Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story bersempena 100 hari permergian TGNA.

Ketika program, cerita yang disampaikan oleh anak saudara Allahyarham, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tentang seorang pemuda yang mengembek seperti kambing selepas menghina TGNA telah menarik perhatian ramai.

Ini cerita Ustaz Ahmad Dusuki;

“Sepanjang membesar dengan beliau, saya melihat ramai orang datang bertemunya dan membawa botol-botol air dan juga mengadu masalah… orang nak bercerai yang bertengkar dan sebagainya, beliau menyelesaikan permasalahan seperti ini.

“Pernah satu ketika saya nak turun solat Asar, beliau naik ke rumah dalam keadaan senyum. Saya tanya kenapa? Dia kata, ada orang datang nak minta air tawar (penawar).

“Ketika itu beliau belum lagi menjadi Menteri Besar. Dia kata ada sorang ibu datang minta air tawar untuk anaknya yang dalam keadaan tidak berhenti mengembek seperti kambing.

“Tok Guru cerita bahawa pemuda itu mengejek janggutnya… janggut Tok Guru macam kambing dan membuat bunyi seperti kambing.

“Kemudian pemuda itu mengembek tidak berhenti sehinggalah ibunya minta air tawar supaya anaknya itu berhenti berbunyi seperti kambing.”

Menurut Ustaz Ahmad Dasuki, meskipun dihina Allahyarham tidak pernah berdendam sebaliknya sanggup membantu pemuda berkenaan.

“Tok Guru baca doa dan beri air tawar. Selang seminggu, ibunya itu datang dan beritahu Alhamdulillah anaknya telah berhenti mengembek,” katanya.

Apa-apa pun, tak kira bagaimana hebatnya seseorang manusia itu di mata manusia, harus diingat yang Maha Berkuasa adalah Allah SWT dan tidak mungkin berlaku apa-apa sekalipun jika tidak diizinkan-NYa.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Sinar Harian

Tags: allahyarham nik azizNik Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lukisan Tok Guru Nik Aziz Tidak Hangus Dalam Kebakaran PUTIK

Lukisan Tok Guru Nik Aziz Tidak Hangus Dalam Kebakaran PUTIK

25/11/2025
0

KOTA BHARU – Sebuah lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di...

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Buat Perjuangan Nik Aziz, PAS’

05/06/2023
0

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pengiktirafan atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd