• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHEAIK Pantau Kumpulan Hadi Minallah, Kenal Pasti Pengikut Di Kedah

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JHEAIK Pantau Kumpulan Hadi Minallah, Kenal Pasti Pengikut Di Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi pada Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud berkata, siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau peranginan tersebut sebagai lokasi perhimpunan.

“Kumpulan ini berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah termasuk di Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.

“Walau bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, JHEAIK akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti penduduk negeri ini yang terlibat dengan pertubuhan tersebut.

“JHEAIK juga menasihatkan agar orang ramai menjauhi kumpulan itu kerana dikhuatiri terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu majlis konvokesyen di Langkawi viral di media sosial sejak semalam.

Kosmo-

Tags: JHEAIKkumpulan Hadi MinallahPulau Langkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Kedah Kesal Konsert Di Hadapan Masjid

Kerajaan Kedah Kesal Konsert Di Hadapan Masjid

02/10/2022
0

ALOR SETAR: Kerajaan negeri kesal dengan penganjuran konsert diadakan di dataran berhadapan Masjid Zahir di sini, yang menjejaskan nama baik...

Projek Rintis Langkawi Penanda Aras Buka Sempadan Negara

02/11/2021
0

KOTA BHARU - Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras impak pandemik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd