• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Beri Amaran Percepat Bina Bom Nuklear Buat AS Dan Israel

oleh Mohd Arshad
02/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Beri Amaran Percepat Bina Bom Nuklear Buat AS Dan Israel
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Iran memberi amaran akan membina bom nuklear pada kadar segera yang berkeupayaan memusnahkan seluruh negeri New York sekiranya Amerika Syarikat (AS) melakukan ‘sebarang kesilapan bodoh’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seorang pakar dari Iran, Ben Sabti menerusi kenyataan di laman Twitter berkata, saluran Telegram Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran untuk menghasilkan bom atom bagi kegunaan peluru berpandu.

“Iran boleh melaksanakan semula projek Emad dan membina bom atom sekiranya kemudahan Natanz diserang,” demikian menurut kenyataan dalam saluran Telegram tersebut.

Emad merupakan peluru berpandu jarak jauh milik Iran.

Bisimchi Media yang memiliki hubungan dengan IRGC, memuat naik video pada saluran Telegram dengan tajuk bermaksud: ‘Bilakah Bom Nuklear Iran yang Sedang Tidur Akan Bangun.’

Dalam video pendek tersebut, ia mengisytiharkan bahawa Iran akan membangunkan senjata nuklear pada kadar segera sekiranya tentera AS atau Zionis melakukan sebarang ‘kesilapan bodoh’.

Menurut stesen penyiaran Iran International, video itu mendakwa bahawa misil balistik Iran berupaya memusnahkan New York dan menjadikannya padang jarak.

“Kemudahan nuklear Fordow dibina jauh di bawah kawasan pergunungan di Iran dan dilindungi daripada bom pemusnah serta letupan nuklear.

“Semua infrastruktur yang diperlukan untuk penembusan nuklear telah disediakan di dalamnya.

“Rejim Iran boleh memindahkan program nuklear amannya kepada program senjata nuklear pada kadar pantas,” demikian menurut video tersebut.

Kosmo-

Tags: Amerika Syarikatbom nuklearIranIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd