• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Kertas Siasatan Penipuan Haji Furada Sudah Lengkap

oleh AK-47
02/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lima Kertas Siasatan Penipuan Haji Furada Sudah Lengkap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kertas siasatan berkaitan penipuan pakej haji oleh tiga agensi pelancongan telah lengkap akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan oleh Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindiket), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamed Usuf Jan Mohamad.

“Mohamed Usuf akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noorsiah berkata, setakat ini, polis menerima 132 laporan berkaitan penipuan pakej haji oleh tiga agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian RM5.67 juta.

Menurutnya, tiga agensi berlainan itu membabitkan kes penipuan haji dan umrah furada.

“Kita menerima 132 laporan polis di 11 negeri berkaitan penipuan pakej haji oleh agensi pelancongan terbabit.

“Ia membabitkan 52 laporan di Kuala Lumpur, 33 laporan di Selangor, 18 laporan di Pahang, tujuh di Johor, enam laporan di Perak dan Kelantan, tiga laporan di Melaka dan Kedah, dua di Terengganu dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 kertas siasatan dibuka daripada 132 laporan polis dibuat mangsa.

“Jumlah kerugian paling tinggi direkodkan di Kuala Lumpur iaitu RM2.3 juta diikuti Pahang (RM1.2 juta) dan Selangor (RM966,100).

“Selain itu, Kelantan dilaporkan mencatatkan kerugian RM280,000; Perak (RM203,000); Negeri Sembilan (RM170,000); Johor (RM125,000); Terengganu (RM76,000); Kedah (RM48,000); Pulau Pinang (RM32,000) dan Negeri Sembilan (RM16,000),” katanya.

Pada 8 Julai lalu, media melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dipetik berkata, dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Katanya, semua individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak di Danau Kota.

-Sinar Harian

Tags: Haji FuradaKertas SiasatanKertas Siasatan Penipuan Haji Furada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd