• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan RoS Elak Perpecahan Dalaman UMNO – Najib

oleh AK-47
30/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menerima permohonan pindaan Perlembagaan UMNO menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat mengelakkan perpecahan dalaman parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengucapkan terima kasih kepada RoS itu berkata, kelulusan permohonan UMNO menunjukkan RoS prihatin kepada tuntutan akar umbi UMNO.

Menurutnya, perkara itu merupakan tuntutan akar umbi yang dibuat menerusi Perhimpunan Agung Khas UMNO.

“Akar umbi UMNO mahu supaya PRU15 diadakan lebih awal, dalam tempoh masa enam bulan selepas PRU15, baru diadakan pemilihan UMNO.

“Keputusan ini bererti apa yang kita khuatiri iaitu perpecahan dan kerosakan dalaman parti akan dapat kita elakkan dan kita boleh beri tumpuan kepada persediaan PRU15.

“Kita juga boleh mengurangkan politiking sesama kita kerana sekarang ini keutamaan kita, fokus kita adalah untuk memenangi PRU yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Amal Bersama Bossku di sini malam tadi.

Terdahulu, semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan RoS meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU.

-Utusan Online

Tags: Keputusan RoSnajibROSUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd