• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Naikkan Tarif Elektrik Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
29/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Thailand Naikkan Tarif Elektrik Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kerajaan Thailand dijangka menaikkan tarif bil elektrik pada kadar 4.72 baht (RM0.57 sen) seunit pada empat bulan terakhir tahun ini, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga, pihaknya memutuskan untuk menaikkan bayaran elektrik daripada 4.00 baht kepada 4.72 baht (RM0.48 sen kepada RM0.57 sen) bagi setiap kiloWatt-jam (unit) untuk tempoh September hingga Disember tahun ini.

Kadar baharu itu dijangka diumumkan suruhanjaya tersebut Isnin depan, kata sumber berkenaan.

Kadar tersebut adalah termasuk tarif bahan api sebanyak 0.93 baht (RM0.11 sen) seunit, meningkat sebanyak 0.67 baht (RM0.08 sen) seunit.

Berikutan kenaikan tersebut, Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Egat) akan terus memberi subsidi bil elektrik bagi membantu rakyat negara itu.

Hutang Egat kesan daripada pemberian subsidi itu bagaimanapun dijangka meningkat kepada 109.67 bilion baht (RM13.32 bilion) menjelang hujung bulan depan.

Kenaikan tarif elektrik itu yang terdiri daripada tarif asas dan tarif bahan api (Ft) sebahagian besarnya berpunca daripada keperluan untuk mengimport gas asli cecair (LNG) yang mahal, namun kini berfungsi sebagai bahan api utama untuk penjanaan bekalan elektrik.

Tarif asas merujuk kepada kos loji janakuasa dan sistem pengedaran, manakala Ft sebahagian besar ditentukan oleh kos bahan api yang kini meningkat akibat perang Russia-Ukraine.

Ft kebiasaannya diselaraskan setiap empat bulan. Pelarasan terbaharu dibuat pada tempoh Mei hingga Ogos lalu, dengan Ft meningkat sebanyak 0.47 baht (RM0.05) seunit. Ia menyebabkan tarif elektrik melonjak kepada 4 baht (RM0.48) seunit.

Gas asli membentuk 60 peratus daripada bahan api yang digunakan bagi menjana tenaga elektrik di Thailand.

Pengurangan bekalan gas asli daripada sumber-sumber domestik di Teluk Siam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengimport lebih banyak LNG.

-Kosmo Online

Tags: tarif elektrikThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd