• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit Khas Petrol Bagi 20 Liter Ke Atas -Alexander

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permit Khas Petrol Bagi 20 Liter Ke Atas -Alexander
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian perlu memohon permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarat permohonan itu bertujuan bagi mengelak daripada barangan kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, keperluan permit khas ini adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja manakala mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

“Permit khas ini adalah percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran serta terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui permit khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

Tambah Alexander, antara pihak yang mendapat permit khas daripada KPDNHEP adalah pengguna forklift, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pendalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa (bukan pemegang kad e-nelayan).

“Mana-mana pihak yang ingin memohon permit khas boleh membuat permohonan melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian iaitu portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di bawah peruntukan undang-undang AKB 1961, setiap stesen minyak perlu mempunyai lesen di bawah akta terbabit bagi membolehkan stesen minyak berkenaan berurus niaga.

Alexander menjelaskan, antara syarat yang ditetapkan di bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol, kecuali pada tangki asal kenderaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan dan pihak yang mendapat kebenaran daripada KPDNHEP di bawah AKB 1961.

-Utusan Online

Tags: PermitPermit KhasPetrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd