• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi apa-apa tujuan perubatan di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata setakat ini tiada sebarang percubaan klinikal ke atas apa-apa keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan sedang dijalankan di negara ini.

“Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 memang telah sedia membenarkan keluaran ekstrak kanabis dibekal, diimport, dijual, diguna bagi tujuan perubatan, penyelidikan atau percubaan klinikal bagi tujuan perubatan tertakluk pada pematuhan dan keperluan akta tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) pada sidang Dewan Rakyat hari ini, yang meminta KKM menyatakan status perkembangan terkini kebenaran dan penggunaan kanabis perubatan di Malaysia.

Dr Noor Azmi berkata, mana-mana syarikat yang mempunyai bukti saintifik mencukupi mengenai keberkesanan produk mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan boleh mengemukakan permohonan pendaftaran produk itu kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM.

Malah, katanya, syarikat yang mempunyai produk kanabis untuk perubatan yang telah diluluskan di luar negara, boleh mendaftarkan produk mereka untuk dipasarkan di negara ini.

“KKM tidak menolak kajian terhadap keberkesanan kanabis perubatan. Telah tiba masanya kita mengikut langkah 40 negara yang telah menggunakannya untuk merawat penyakit termasuk kanser, depresi dan epilepsi, KKM sedia melihat perkara baharu ini,” katanya.

Bagi cadangan membezakan di antara kanabis, kanabis perubatan dan hemp dari aspek perundangan, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada hasil dapatan Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan yang ditubuhkan KKM.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji serta merangka hala tuju pembangunan industri kanabis dan ketum bagi tujuan perubatan.

“Oleh itu, keperluan untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung kawalan kanabis dan hemp termasuklah mewujudkan tafsiran berbeza bagi kanabis dan hemp bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri terhadap hasil dapatan jawatankuasa ini kelak.

“Ia dengan mengambil kira aspek perundangan, sosiobudaya, kesihatan, ekonomi, hukum syarak dan sebagainya,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, KKM akan mengeluarkan kerangka pendaftaran produk berkaitan ketum dan kanabis selepas Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan menerima pandangan pakar berhubung aspek keselamatannya.

Katanya lagi, beliau dilantik oleh Kabinet untuk mempengerusikan jawatankuasa itu bagi melihat bukti terkini mengenai ketum dan kanabis, terutama bagi tujuan perubatan.

Terdahulu pada 14 Julai, Khairy memaklumkan, KKM menyasarkan pendaftaran beberapa produk asas kanabis yang ada kaitan dengan cannabidiol (CBD) pada tahun depan.

-Berita Harian

Tags: kanabisKKMPemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak KanabisPerubatanProduk Ekstrak Kanabis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd