• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ditemukan Berbungkus Permaidani Dipercayai Warga Asing

oleh AK-47
26/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Mayat Ditemukan Berbungkus Permaidani Dipercayai Warga Asing
Share on FacebookShare on Twitter

Gua Musang : Mayat lelaki yang ditemukan berbungkus dengan permaidani dan diikat dengan tali berdekatan kolam air panas di Gua Musang-Lojing di sini, kelmarin dipercayai warga asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan selama tiga jam mendapati tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) ditemukan pada mayat berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada 36 jam kerana sudah reput dan berulat.

“Mangsa ditemui memakai baju biru lengan panjang dan kain sarung serta terdapat tatu burung pada lengan kanan,” katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan dan perbuatan jenayah dikesan pada mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di lokasi mayatnya ditemui. Setakat ini kita belum mengetahui usia mangsa.

“Lokasi mayat dijumpai adalah kawasan jauh dari kawasan kejiranan. Setakat ini, tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Kata beliau, mayat ditemui seorang lelaki yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Lojing jam 8.30 malam kelmarin.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 29 saat di aplikasi Tik Tok mengenai penemuan mayat dalam keadaan berbungkus dan dipercayai sudah berulat berdekatan kolam air panas laluan Gua Musang-Lojing

-Harian Metro

Tags: Mayatwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd