• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Jualan Minyak Masak Mula Turun

oleh Mohd Arshad
22/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Jualan Minyak Masak Mula Turun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Minyak masak botol lima kilogram (kg) mula dijual di peringkat peruncit pada harga RM39 berbanding RM45 bulan lalu iaitu pengurangan sebanyak 13 peratus.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata harga jualan itu ditemui ketika sesi turun padang ke premis pemborong di Sibu, Sarawak, hari ini.

Katanya, pengurangan harga sebanyak 13 peratus itu adalah sebagai permulaan, memandangkan unjuran pasaran menunjukkan pola penyusutan harga berikutan kesan minyak masak rendah (CPO) akan terus berlaku.

“Mengikut simulasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini, kadar CPO semasa (RM3,814.50) sepatutnya menyebabkan harga minyak masak botol lima kilogram dipasarkan di peringkat peruncit sekitar RM30.65.

“Bagaimanapun, kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.

Alexander berkata, penyusutan harga itu ketika ini susulan penurunan harga minyak masak mentah di pasaran sehingga mencecah paras RM3,814 kelmarin.

Katanya, kali terakhir paras rendah sedemikian direkodkan adalah pada Julai 2021, manakala kadar tertinggi menjangkau RM8,076 yang dicatatkan pada Mac tahun ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penegasan kepada industri supaya sebarang penyusutan harga CPO wajar memberi kesan langsung kepada harga minyak masak botol di peringkat peruncit.

“Jangan ada pihak yang cuba melengahkan perubahan harga mengikut CPO ini, dengan alasan kerana mahu menghabiskan stok bekalan lama,” katanya.

Alexander berkata, berdasarkan libat urus bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), beliau dimaklumkan bahawa usaha untuk menukar penetapan harga pembelian buah tandan segar (BTS) mengikut mingguan, berbanding bulanan ketika ini giat dijalankan.

Menerusi usaha itu, katanya, sebarang kesan langsung harga dapat dilihat dalam purata seminggu hingga seminggu setengah, berbanding dua hingga dua bulan setengah ketika ini.

“KPDNHEP akan terus mengadakan libat urus, selain menjalin kerjasama dengan pihak, kementerian dan agensi berkaitan demi memastikan hak pengguna terjaga serta mengimbangi kepentingan industri,” katanya.

Rabu lalu, Alexander dilaporkan berkata, harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan kepada RM3,600 per tan minggu ini.

Katanya, strategi dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang dilaksanakan dengan bekerjasama erat bersama Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga telah menampakkan hasil terutama berkaitan isu ayam dan telur.

Sementara itu, bercakap selepas melawat sebuah gudang milik syarikat pemborong di Sibu, Alexander berkata, aduan bersifat umum berkaitan isu bekalan mahupun harga barangan pengguna tidak membantu KPDNHEP dalam menentukan kesahihan sesuatu isu.

Justeru, beliau mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan barangan pengguna dengan berasaskan fakta menerusi tujuh saluran yang disediakan bagi membolehkan tindakan dilakukan.

“Biarlah buat aduan berasaskan fakta. Jangan suka-suka mengatakan ada masalah dan membuat laporan tanpa berfakta, (masalah) tidak berlaku atau (laporan dibuat) secara rambang. Itu tidak membantu dalam siasatan kami,” katanya.

BHonline-

Tags: Harga Minyak Masak BotolMinyak Masakpenurunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd