• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Himpunan Berdepan Tindakan

oleh AK-47
22/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Peserta Himpunan Berdepan Tindakan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam Himpunan #Turun yang dijadualkan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung himpunan itu.

“Tiada notis pemakluman (penganjuran himpunan berkenaan) kepada pihak polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai (himpunan itu). Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, kira-kira 20 kumpulan pelajar memberi amaran bahawa mereka akan turun ke jalanan untuk mengadakan protes jika kerajaan gagal menangani peningkatan kos sara hidup.

Jurucakap kumpulan itu iaitu Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Aliff Naif menyenaraikan lima tuntutan terhadap kerajaan termasuk memotong gaji menteri dan timbalannya serta menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat.

Tuntutan lain termasuk pemberian subsidi yang berterusan, kawalan harga makanan yang dijual di universiti dan penyelesaian kepada masalah jaminan makanan negara.

Katanya pada sidang media sebelum ini, jika tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan turun ke jalan raya untuk mengadakan protes.

-Harian Metro

Tags: HimpunanPeserta Himpunantindakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd