• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perkenal Doktrin Keselamatan Menyeluruh

oleh Mohd Arshad
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Perkenal Doktrin Keselamatan Menyeluruh
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Malaysia memperkenalkan doktrin Keselamatan Menyeluruh (Comsec) bagi membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul bersama-sama seluruh jentera kerajaan dan segenap lapisan masyarakat secara proaktif.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, doktrin Comsec, yang diperkenalkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu adalah untuk membolehkan Malaysia mendepani cabaran pengurusan keselamatan negara pada masa kini dan akan datang.

“Tonggak kepada pelaksanaan strategi keselamatan menyeluruh adalah amanah yang perlu dijunjung oleh seluruh Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 di sini, hari ini.

Ismail Sabri pada persidangan itu mahu seluruh jentera kerajaan memastikan strategi Comsec diterapkan dalam seluruh aspek tadbir urus negara serta mahu MKN melaksanakan inisiatif Latih Amal Keselamatan Menyeluruh pada kadar segera.

“Latih Amal Keselamatan Menyeluruh ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan,” katanya dan menambah latih amal itu perlu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri serta penglibatan pihak swasta.

Perdana Menteri berkata, setiap agensi kerajaan harus bersedia melalui mekanisme sedia ada untuk memulakan perancangan pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh pada kadar segera.

“Malah, perlu diintegrasikan aspek sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan khususnya melibatkan pelbagai segmen komuniti,” katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi tempoh tiga tahun akan datang, MKN harus memulakan suatu kerangka pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh untuk diuji di peringkat awal sebelum diperkemaskan secara berterusan.

Beliau dalam pada itu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan yang sentiasa memastikan seluruh Keluarga Malaysia dapat kembali pulih sewaktu ditimpa musibah.

“Sebenarnya, budaya kesukarelawanan perlu terus disemai dan dipupuk sebagai satu pendekatan memastikan komuniti mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran mendatang,” katanya.

Beliau berkata komuniti juga harus bersedia menjadi mata dan telinga agensi keselamatan dalam usaha mencegah sebarang bentuk ancaman kepada keselamatan negara.

Bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan ahli komuniti, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM).

-Harian Metro

Tags: Doktrin Keselamatan Menyeluruh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd